assalammualaikum.
malam ini aku rasa bagaikan diriku ini tidak begitu penting. aku tidak tahu mengapa dan kenapa aku boleh ada perasaan sebegini rupa. tatkala, aku bingung melihat diriku. adakah aku berbuat salah kepada orang sehingga aku diperlakukan dengan sedemikian rupa ?
kadang-kadang aku rasa hidup ini tidak adil untuk aku. tapi, bila aku fikirkan balik, kenapa aku harus ada tanggapan sedemikian ? seharusnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. ramai lagi orang di luar sana yang lagi susah dari aku, lagi banyak penderitaan yang mereka alami jika mahu dibandingkan dengan diriku yang terlalu khilaf ini.
aku mungkin terkadang alpa atau leka dengan keseronokkan dunia sehingga kan aku lupa bahawa ada lagi hal yang terlalu penting untung aku fikirkan. mungkin, aku perlu lebih masa untuk fikirkan dengan sebaik-baiknya dengan apa yang aku alami sekarang.
" Allah tidak akan menguji hamba-hambanya melebihi kemampuan dari diri mereka sendiri "
love pyka :)
No comments:
Post a Comment